𝐔𝐍𝐈𝐓𝐘 𝐅𝐄𝐒𝐓 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟓 : 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐌𝐎𝐍𝐈

20 April 2025, Ahad – Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) telah menganjurkan Unity Fest Kulim 2025 bertempat di Dataran Putra, Kulim.

Pelbagai aktiviti menarik telah disusun bagi menyemarakkan suasana, termasuk FunWalk sejauh 5 KM, pertandingan rendang challenge, memarut kelapa, congkak, batu seremban, baling tin serta pertandingan mewarna kanak-kanak.

Antara agensi yang turut terlibat di dalam pameran seperti PDRM, BOMBA, AADK, Lembaga Zakat Negeri Kedah, KWSP, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Eidaman, Perkeso, serta institusi kewangan dan kaunter MPKK juga memperlihatkan komitmen bersama dalam menjayakan agenda komuniti yang inklusif.

Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Puan Setiausaha MPKK dalam ucapan perasmian, beliau menekankan bahawa program ini merupakan inisiatif Majlis di bawah Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) dengan sokongan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), bertujuan menyemarakkan semangat perpaduan, keharmonian dan kepelbagaian budaya dalam kalangan masyarakat setempat.

Beliau turut menyifatkan Unity Fest Kulim ini bukan sekadar sebuah acara, tetapi platform berimpak tinggi yang menggabungkan pendidikan, kesedaran, kesihatan, keusahawanan serta hubungan erat antara komuniti dan agensi kerajaan serta swasta. Program ini juga menyahut Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan diyakini mampu membina jaringan kerjasama yang lebih kukuh di peringkat daerah.

Para pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan memukau daripada Kumpulan Permata Rumah Amal Kulim dan persembahan angklong oleh pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Mutiara, memperlihatkan bakat dan semangat generasi muda dalam memelihara warisan budaya.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan mewarna, rendang challenge, cabutan bertuah khas untuk pengguna aplikasi Kulim Smart Pay (KSP), serta pertandingan permainan Congkak dan Batu Seremban.

Di akhir ucapan, Puan Setiausaha MPKK merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini dan menzahirkan harapan agar Unity Fest Kulim dijadikan sebagai acara tahunan yang terus menyatukan komuniti, memperkukuh silaturrahim, dan membina masa depan yang lebih harmoni untuk seluruh warga Kulim.

Turut hadir, Tuan Anwarrul Aswad bin Ahmad, Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Kesejahteraan Komuniti Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan; Tuan Haji Badrol Hisam Bin Mohd Yusof, BKM, Ketua Whip Ahli Majlis MPKK; Puan Noriah Binti Mohd Ramli, Ahli Majlis Zon 8 MPKK; Ahli Majlis; Puan Che Murshiha binti Makhtar, Pengarah Jabatan Perbendaharaan MPKK.

Terima kasih kepada pihak yang terlibat serta semua komuniti yang hadir dalam menjayakan program Unity Fest Kulim 2025 : Hidup Bersama Harmoni!!

Klik untuk gambar sekitar program

#UnityFestKulim2025

#HidupBersamaHarmoni

#ProgramKemampananKomunitiBandar

#MajlisPerbandaranKulim

#TheGreaterKedah

#ExperienceKedah

Skip to content