LSANK NEON WALK 2025
20 April 2025, Ahad – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya telah hadir menyertai LSANK Neon Walk 2025 di Sambutan Air Sedunia peringkat Negeri Kedah 2025 yang diadakan bertempat di Dataran Medan Bandar, semalam.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Mahkota Kedah turut perkenan berangkat menyertai Sambutan Hari Air Sedunia tersebut.
Hadir sama, Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor; Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Hj Khazali; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar Negeri, Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria; Pengerusi Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato’ Ustaz Mohd Azam Abd Samat.
Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada orang awam serta memperbaharui tekad semua lapisan masyarakat untuk menangani isu-isu berkaitan air melalui pelan strategik dan pelaksanaan tindakan oleh setiap negara.
DYAM Tuanku turut perkenan merasmikan Sambutan Air Sedunia dan menyertai acara LSANK Neon Walk 2025. LSANK Neon Walk 2025 yang telah berlangsung semalam telah disertai kira-kira seramai 500 orang.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'