OPERASI BERSEPADU | Pemeriksaan Premis Makanan di Kawasan Pokok Sena.
21 April 2025, Isnin – Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Setar dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menjalankan satu operasi bersepadu di kawasan Pokok Sena dan sebanyak 3 premis makanan telah diperiksa.
Hasil daripada pemeriksaan yang telah dijalankan, sebanyak 9 kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan tiada lesen iklan dan lesen penjaja serta premis tidak bersih dan tidak patuh syarat lesen.
Manakala pihak PKD Kota Setar mengeluarkan kompaun atas kesalahan pemakaian pengendali makanan tidak sempurna dan tiada kad suntikan serta diarahkan tutup serta merta selama 14 hari atas kesalahan di bawah seksyen 11, Akta Makanan 1983 bagi pemilik-pemilik premis tersebut membersihkan premis berkenaan.
Operasi pemeriksaan berkala secara berjadual akan diteruskan dari semasa ke semasa. Justeru, semua pemilik premis perniagaan dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'