KUNJUNGAN HORMAT DATUK BANDAR ALOR SETAR KE ATAS DATUK BANDAR JOHOR BAHRU

25 April 2025, Jumaat – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Johor Bahru, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad di pejabat Datuk Bandar, Menara MBJB, Johor Bahru.
 
Kunjungan hormat ke MBJB ini diadakan bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan berkenaan perkembangan dan hala tuju kedua-dua belah bandar raya serta mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua pihak berkuasa tempatan.
 
Hadir sama Pengarah Jabatan Korporat Dan Strategik MBAS, En. Bohari bin Md Yusoff serta pegawai-pegawai MBJB.
 
 
Skip to content