OPERASI BERSEPADU TERHADAP PREMIS MAKANAN

21 April 2025 – Operasi bersepadu telah dijalankan di premis makanan kawasan Kulim dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kulim (PKD Kulim) dan Jabatan Penguatkuasa MPKK.

Operasi ini melibatkan pemeriksaan terhadap 6 restoran yang beroperasi di kawasan tersebut.

Hasil daripada pemeriksaan, sebanyak 4 kompaun di atas pelbagai kesalahan kepada pemilik restoran dan premis telah dikeluarkan dan beberapa premis telah diarah tutup oleh pihak PKD Kulim kerana melanggar peraturan yang ditetapkan.

Tindakan tegas ini diambil sebagai langkah untuk memastikan kesihatan awam dan keselamatan pengguna sentiasa terjamin.

Pihak berkuasa akan terus melakukan pemantauan bagi memastikan setiap premis mematuhi standard kesihatan yang ditetapkan demi kesejahteraan masyarakat. Tindakan tegas ini adalah untuk melindungi orang ramai daripada risiko kesihatan dan memastikan setiap perniagaan beroperasi mengikut prosedur yang betul.

Penting untuk semua pemilik premis dan peniaga sentiasa mematuhi peraturan kesihatan dan kebersihan demi kesejahteraan bersama.

Klik untuk gambar sekitar program

#PKDKulim

#OperasiBersepadu

#KesihatanAwam

#PemantauanKeselamatan

#MajlisPerbandaranKulimKedah

Skip to content