KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Tawaran sebutharga ini adalah dipelawa kepada pembekal yang berdaftar dengan salah satu kod bidang Kementerian Kewangan Malaysia seperti yang tertera di bawah.

BIL NO SEBUT HARGA TAJUK KOD BIDANG PENDAFTARAN
1 27/2025 (KEJ) SEBUT HARGA BAGI MEMBEKAL, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAHKAN DUA (2) UNIT ENJIN BOT JENIS YAMAHA 115HP MODEL F115B 4 STROKE UNTUK BOT MAJLIS NOMBOR PENDAFTARAN KKD0037P JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT MPSPK. 110601 / 110701

Dokumen tawaran ini boleh didapati dari Jabatan Kewangan (Seksyen Perolehan) mulai 05 Mei 2025 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
2.15 petang – 4.30 petang
Khamis : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
2.15 petang – 3.00 petang

Penyebutharga dikehendaki membawa Sijil Pendaftaran Asal Dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan satu salinan sijil tersebut semasa membeli dokumen sebutharga.

Dokumen sebutharga boleh dibeli dengan Harga Rm 20.00 (Ringgit Malaysia : Dua Puluh Ringgit Sahaja) yang tidak di kembalikan. Pembayaran hendaklah dibuat di dalam bentuk (kad debit / kad krdeit / boost / touch n go).

Tarikh tutup sebut harga ialah pada 11 MEI 2025, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri/bermeteri nama tawaran dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di alamat Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak Kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 04 Mei 2025

Skip to content