MBAS TERIMA KUNJUNGAN SAHABAT PBT MDPT

29-30 April 2025, Alor Setar – Satu program kolaborasi antara Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) telah diadakan selama dua hari bagi memantapkan teknik pendakwaan antara kedua-dua PBT.
 
Dalam program ini, MBAS telah menerima kunjungan seramai empat orang anggota penguatkuasa dari MDPT yang hadir bagi tujuan mempelajari teknik membuka kertas siasatan dan pendakwaan merangkumi pendaftaran kes melalui sistem e-Filing, pembukaan kertas siasatan dan penyerahan saman.
 
Pegawai Undang-Undang MBAS, Dr. Elina binti Mohd; Pegawai Pendakwa MBAS, Encik Ahmad Amir Husni dan pegawai penyiasat MBAS telah memberikan kerjasama sepenuhnya dengan berkongsi ilmu dan pengalaman, sambil bertukar-tukar pandangan bersama rakan-rakan dari MDPT.
 
Semoga program seperti ini dapat diperluaskan dan diteruskan lagi pada masa akan datang demi memperkasa kecekapan penguatkuasaan undang-undang sesama Pihak Berkuasa Tempatan.
 
Skip to content