OPERASI BERSEPADU PEMERIKSAAN PREMIS MAKANAN DI DAERAH KOTA SETAR
29 April 2025, Selasa – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melalui Bahagian Inspektorat Kesihatan Persekitaran, Bahagian Penguatkuasaan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Setar telah menjalankan satu Operasi Bersepadu Pemeriksaan Premis Makanan di sekitar Jalan Anak Bukit, Alor Setar.
Hasil pemeriksaan yang telah dijalankan ke atas 2 buah premis makanan, sebanyak enam (6) kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan tiada lesen iklan, tiada lesen premis dan pekerja tiada kad suntikan typhoid semasa mengendalikan makanan. Manakala pihak PKD Kota Setar mengeluarkan dua (2) kompaun atas kesalahan tidak mempamerkan FOSIM semasa pemeriksaan dijalankan dan pemakaian pekerja tidak lengkap semasa mengendalikan makanan.
Pemeriksaan berkala secara berjadual akan diteruskan dari semasa ke semasa. Justeru, semua peniaga dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'