OPERASI PEMERIKSAAN PREMIS MAKANAN DI DAERAH KOTA SETAR
30 April 2025, Rabu – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melalui Bahagian Inspektorat Kesihatan Persekitaran, Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Pelesenan telah menjalankan satu Operasi Pemeriksaan Premis Makanan di sekitar bandar raya Alor Setar.
Hasil pemeriksaan yang telah dijalankan ke atas 3 buah premis makanan, sebanyak sebelas (11) kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti lesen premis dan lesen iklan tamat tempoh, perangkap minyak tidak diselenggara dengan baik, tidak membuat pembaharuan permit kerusi/meja, pekerja tiada suntikan typhoid dan kekotoran di bahagian dapur premis.
Pemeriksaan berkala secara berjadual akan diteruskan dari semasa ke semasa. Justeru, semua peniaga dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'