23 April 2025 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah menjalankan satu operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh Bahagian Pelesenan, Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Jabatan Penguatkuasaan. Operasi tersebut dijalankan di sekitar kawasan Padang Serai.

Operasi bersepadu dilaksanakan bertujuan untuk memastikan setiap penjaja dan peniaga mematuhi syarat lesen serta tidak menyalahgunakan ruang awam seperti kaki lima dan petak parkir.

Tiga lokasi utama menjadi tumpuan iaitu :

1) Taman Serai Wangi, sebanyak 12 premis diperiksa dan notis bertulis telah diserahkan kepada pemilik yang melanggar syarat.

2) Taman Ria, 1 premis turut dikenakan tindakan dengan 1 notis dikeluarkan.

3) Taman Mahsuri, 2 notis serta 2 kompaun telah dikeluarkan kepada peniaga yang menjalankan perniagaan tanpa lesen sah.

Sebagai peniaga yang bertanggungjawab, pastikan anda memiliki lesen dan permit sah. Ruang awam adalah hak bersama, hormati peraturan demi keselesaan semua.

MPKK akan terus memantau dan menjalankan operasi dari semasa ke semasa. Terima kasih kepada warga Kulim yang sentiasa menyokong usaha ke arah bandar yang lebih bersih, selamat dan teratur.

Hormat undang-undang, hormat hak bersama.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

#MPKK

#Penguatkuasaan

#KulimSejahtera

#TheGreaterKedah

#OperasiBersepadu

Skip to content