LAWATAN TAPAK AREA OFFICER AHLI MAJLIS,MAJLIS PERBANDARAN KUBANG PASU











Jitra, 7 Mei 2025 – Satu lawatan tapak melibatkan Ahli Majlis Zon B Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP), pegawai kawasan serta beberapa agensi teknikal telah diadakan di sekitar kawasan Stadium Mini Jitra, Taman Bahagia, dan kawasan yang berdekatan hari ini.
Lawatan tersebut disertai oleh wakil daripada SWCorp, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kerja Raya (JKR) Kubang Pasu serta ketua-ketua jabatan MPKP bagi meninjau isu-isu berbangkit yang telah dilaporkan oleh penduduk setempat.
Menurut Ahli Majlis Zon B, Encik Haji Saarin Bin Othman dan Encik Mahadevan A/L Ramachandran dan Encik Adam Muhammad Bin Mohamad Radzi, lawatan ini adalah sebahagian daripada komitmen MPKP untuk memastikan setiap aduan penduduk diteliti dan ditangani secara bersepadu bersama agensi berkaitan.
“Antara isu utama yang dikenal pasti termasuk longkang tersumbat dan banjir kilat yang selalu terjadi di kawasan tersebut Semua ini akan ditangani dengan kerjasama erat antara jabatan MPKP dan agensi teknikal lain,” katanya.
Lawatan ini turut memberi peluang kepada ketua jabatan untuk melihat sendiri dan merencanakan penyelesaian secara kolektif.
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu