Perlawanan Persahabatan Badminton eratkan hubungan MPKP dan MBPP

Kubang Pasu, 7 Mei 2025 – Perlawanan persahabatan badminton antara Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah berlangsung dengan penuh semangat di Dewan Jitra MPKP pagi tadi.

Perlawanan yang disertai oleh lebih 30 kakitangan dari kedua-dua pihak itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan warga kerja kerajaan tempatan.

“Selain bersaing secara sihat di gelanggang, aktiviti seperti ini juga memberi ruang kepada pegawai dan kakitangan untuk saling mengenali serta berkongsi pengalaman dalam urus tadbir pihak berkuasa tempatan,”kata Pengurus Badminton MPKP Encik Roslan Bin Abdul Hamid.

Sebanyak lima kategori dipertandingkan termasuk perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran. MBPP berjaya mendominasi kategori beregu wanita dan beregu campuran, manakala MPKP pula menunjukkan keunggulan dalam perseorangan lelaki dan beregu lelaki.

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

#majlisperbandarankubangpasu

#perbandaranbersihindah

#MPKP

Skip to content