28 April 2025 – KHTP : Sesi Libat Urus bagi Pelan Tindakan Bandar Pintar PBT TPHTK diadakan dengan jayanya di Ballroom Kulim Golf & Country Resort di sini, hari ini.

Pelan Tindakan Bandar Pintar (Smart City Action Plan) merupakan dokumen strategik yang merancang pelaksanaan teknologi dan inovasi untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk bandar, kecekapan operasi bandar, serta kemampanan alam sekitar.

Sesi Libat Urus ini melibatkan penyertaan pelbagai pemegang taruh seperti agensi kerajaan, pemain industri, institusi, ahli-ahli akademik dan orang awam bagi mengenalpasti isu dan masalah, peluang, kehendak dan idea yang membantu pembentukan Bandar Pintar di kawasan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) yang menepati aspirasi semua pihak.

Sesi Libat urus dimulakan dengan ucapan aluan dari Yang Dipertua PBT TPHTK, Yang Berbahagia Puan Sunita binti Abdul Aziz diikuti taklimat Blueprint Bandar Pintar oleh PlanMalaysia@Kedah, taklimat Perancangan dan Pembangunan Bandar Pintar Malaysia oleh Pejabat Projek Zon Utara (PPZU) dan seterusnya penerangan tatacara Sesi Libat Urus oleh Ketua Penyelidik UiTM, Dr Lim Seng Boon.

Semoga sesi libat urus ini, dapat membantu PBT TPHTK dalam merealisasikan Pelan Tindakan Bandar Pintar ini seiring dengan hala tuju Negeri Kedah dalam Infrastruktur Digital, Bakat Digital, Keselamatan Digital, Pembangunan, Penyelidikan dan Pengkomersialan Digital, Pembangunan Sosial serta Kemudahan Awam.

Skip to content