ππππππππ πππππππ πππππππ π πππ πππππ

06 Mei 2025 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kulim telah menganjurkan Sesi Taklimat Program Healthy Food Court yang berlangsung dengan penuh informatif dan komitmen tinggi daripada semua pihak terlibat di Dewan Kulim Inn, Kulim.
Program ini bertujuan mewujudkan komuniti yang menyokong perubahan ke arah gaya hidup sihat melalui pendekatan βHealthy Settingβ, selaras dengan matlamat menjadikan kawasan makanan awam sebagai ruang yang lebih bersih, sejahtera dan menyihatkan.
Tiga medan selera terpilih di bawah seliaan MPKK telah dikenal pasti untuk pelaksanaan program ini, iaitu Medan Selera Lembah Impiana, Medan Selera Stesen Bas Kulim dan Pusat Penjaja Mini Stadium Kulim.
Para pengusaha serta penyewa gerai daripada ketiga-tiga lokasi ini hadir bagi mendalami objektif serta pelaksanaan inisiatif Healthy Food Court dengan lebih mendalam.
Taklimat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Encik Ahmad Shakir bin Arus, Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran MPKK, dan diteruskan dengan pengisian yang berinformatif antaranya pengenalan ‘Healthy Setting’ oleh Dr. Siti Noor Khamariah Ramli (Pegawai Perubatan, PKD Kulim), Pengiktirafan Bersih dan Selamat (BeSS) oleh Puan Siti Nur Amirah Binti Azuddin (Pegawai Teknologi Makanan), serta ‘War on Sugar’ oleh Puan Nurrus Saadah Binti Md Ghazali (Pegawai Sains Pemakanan).
Ucapan penutup disempurnakan oleh Dr. Zuraidah Binti Zaidun, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, PKD Kulim.
Semoga usaha ini menjadi titik tolak kepada perubahan positif dalam komuniti Kulim demi medan selera yang lebih bersih, selamat dan sihat untuk semua.