𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐀 π€π”πƒπˆπ“ 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐒𝐂𝐀 π€π”πƒπˆπ“ ππ‘πŽπ‰π„πŠ πˆππ…π‘π€ πŠπ„ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡ πŸ“ – πŸ• 𝐌𝐞𝐒 πŸπŸŽπŸπŸ“

Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) berbesar hati menerima kehadiran delegasi Lawatan Pra Audit dan Pasca Audit yang diketuai oleh Cik Zabidah binti Daud, Pengarah Bahagian Pasca Pelaburan, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bersama pasukan audit melibatkan wakil-wakil daripada:

βœ… Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)

βœ… MIDA Kedah/Perlis

βœ… Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA)

βœ… Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Kedah

βœ… Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Kedah

βœ… Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kedah

βœ… Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Negeri Kedah

βœ… Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA)

YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK juga telah hadir semasa lawatan tersebut bersama-sama pegawai dan anggota daripada Jabatan Kejuruteraan serta Unit Audit Dalam MPKK. Lawatan ini diadakan bagi meninjau pelaksanaan Projek Menaiktaraf Infrastruktur Asas Kawasan Perindustrian Berintegrasi Sedia Ada (Projek Infra) di bawah RMKe-12 Tahun 2025.

Tujuan dan objektif lawatan pra audit ini adalah untuk menilai keadaan komponen infrastruktur yang telah dicadangkan untuk dinaik taraf oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN)/ Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk dinaik taraf serta memastikan projek yang dicadangkan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Ekonomi (KE), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan MIDA.

MPKK telah mengemukakan beberapa projek infra untuk dinaiktaraf demi kesejahteraan penduduk Kulim dan kemudahan pelabur yang beroperasi di Daerah Kulim bagi peruntukan tahun 2025.

Di samping itu, lawatan pasca audit turut dijalankan bagi menilai keberkesanan pelaksanaan Projek Infra yang telah siap dilaksanakan di kawasan Perindustrian Padang Meha, Kulim di bawah peruntukan tahun 2024.

MPKK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat serta mengucapkan terima kasih atas pemilihan MPKK sebagai tuan rumah bagi lawatan rasmi ini. Semoga segala usaha ini memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi setempat dan meningkatkan daya tarikan pelaburan di Daerah Kulim.

Klik untuk gambar sekitar program

#majlisperbandarankulimkedah

#thegreaterkedah

#MIDA

Skip to content