KUNJUNGAN GURU-GURU DAN PELAJAR KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID (KSAH) KE ATAS DATUK BANDAR ALOR SETAR

6 Mei 2025, Selasa – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya terima kunjungan guru-guru dan pelajar-pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) di Ibu Pejabat MBAS, sebentar tadi.

Usai kunjungan tersebut, satu lawatan tapak telah diadakan di kawasan Lorong Keriang, Derga yang akan dijadikan lokasi cadangan mural bagi memperindah kawasan tersebut. Lawatan ini turut melibatkan perbincangan mengenai perancangan dan pelaksanaan projek mural tersebut.

Hadir sama dalam lawatan itu ialah Pengetua KSAH, En. Shamsulbadri Bin Ishak; Ahli Majlis MBAS Zon 12, Pn. Susilawati binti Abdul Wahab; Ketua-Ketua Bahagian MBAS serta pegawai terlibat.

 
Skip to content