KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH SPRM KEDAH KE ATAS DATUK BANDAR ALOR SETAR
7 Mei 2025, Rabu – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya terima kunjungan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah, Datuk TPj Ahmad Nizam bin Ismail di Ibu Pejabat MBAS, sebentar tadi.
Ia turut dihadiri Ketua Cawangan SPRM Langkawi, Tuan Izham bin Ibrahim dan pegawai SPRM, Dato D Senthilnathan.
Kunjungan ini diadakan bagi mengukuhkan jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam meningkatkan mutu perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
Hadir sama Ketua Bahagian Pembangunan & Kerja Awam MBAS, En. Ahmad Sujairi bin Md. Hassan serta pegawai-pegawai terlibat.