KURSUS PENGUKUHAN PEMAHAMAN SISTEM PENGURUSAN ANTIRASUAH MS ISO 37001 : 2016

04-05 Mei 2025, Alor Setar – Kursus Pemahaman Sistem Pengurusan Antirasuah MS ISO 37001 : 2016 yang telah berlangsung selama (2) hari bertempat Ballroom 1, Hotel Raia, Alor Setar. Kursus ini diadakan bagi memberi pengukuhan pemahaman kepada para pelaksana berkaitan klausa-klausa yang terkandung dalam Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) MS ISO 37001:2016 MBAS sebagai salah satu usaha MBAS untuk memastikan urus tadbir yang lebih telus dan berintegriti.
 
Tuan Setiausaha MBAS, Encik Nasrankamil bin Noh telah hadir merasmikan program berkenaan. Kursus ini melibatkan penyertaan dari semua Pengarah Jabatan, Ketua Bahagian dan Ketua Unit MBAS.
 
Skip to content