LAWATAN TAPAK MBAS BERSAMA JABATAN LANDSKAP NEGARA KE ISTANA SEPACHENDERA, ALOR SETAR
6 Mei 2025, Selasa – Satu lawatan tapak oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bersama Jabatan Landskap Negara ke Istana Sepachendera yang merupakan salah satu istana bersejarah di Alor Setar telah diadakan pagi tadi. Lawatan tapak ini diadakan bertujuan bagi melihat cadangan pembangunan landskap “Alor Setar Urban Forest 2” di kawasan berkenaan.
Lawatan tersebut telah dihadiri oleh Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya; Pengarah Bahagian Pengurusan Landskap, Jabatan Landskap Negara, En. Md. Zaimi b. Zainudin; Ketua Bahagian Landskap dan Rekreasi MBAS, En. Mohd Faizal bin Abu Bakar serta pegawai-pegawai terlibat.