OPERASI SITAAN DAN PEMBERSIHAN BARANG NIAGA DI BAHU JALAN
6 Mei 2025, Selasa – Bahagian Penguatkuasaan MBAS dengan kerjasama pihak E-Idaman telah menjalankan tindakan menyita dan membersihkan alatan niaga yang ditinggalkan oleh penjaja di sepanjang bahu jalan di Jalan Sultanah Sambungan dan Lebuhraya Darulaman susulan tempoh notis larangan menjaja di bahu jalan tersebut berakhir semalam.
Tindakan ini dilaksanakan bagi memastikan Jalan Sultanah Sambungan dan Lebuhraya Darulaman (Jalan Protokol) sentiasa bersih dan tiada sebarang halangan lalulintas daripada aktiviti penjaja di bahu jalan tersebut. Selain itu, tindakan ini juga dilaksana segera bagi memberi kelancaran kepada projek menaiktaraf parit di Taman Wira yang kini sedang giat dilaksanakan.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'