PERJUMPAAN MBAS BERSAMA SYARIKAT SWASTA | PERBINCANGAN MENGENAI CADANGAN MEWUJUDKAN PASAR MALAM DI PEKAN CINA, ALOR SETAR
7 Mei 2025, Rabu – Satu perjumpaan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bersama syarikat swasta iaitu Goto PaperPlane Design telah diadakan sebentar tadi bertempat di Bilik Mesyuarat Al-Aula, Ibu Pejabat MBAS sebentar tadi.
Ia dihadiri oleh Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya; Ketua Bahagian Pengurusan Harta MBAS, PMgr. Sr. Zamzama bin Mohd; Ketua Bahagian Pengurusan Pasar dan Penjaja MBAS, Pn. Nor Shakila Che Ali; Ketua Bahagian Pelesenan MBAS, Pn. Narisa bt Mohd Hashim serta wakil-wakil syarikat Goto PaperPlane Design.
Perjumpaan tersebut diadakan bagi membincangkan cadangan penubuhan pasar malam di kawasan strategik Pekan Cina, Alor Setar. Cadangan ini bertujuan untuk merancakkan semula ekonomi tempatan melalui penglibatan usahawan mikro dan kecil, khususnya dalam kalangan penduduk setempat.
Selain itu, pasar malam ini dijangka menjadi daya tarikan baharu bagi pelancong, sekali gus memperkukuh identiti budaya dan warisan kawasan tersebut.