KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Kontraktor-kontraktor Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) Di Daerah Kuala Muda serta MPSPK yang masih dibenar membuat kerja-kerja sebutharga adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebutharga di bawah ini.
BIL | NO SEBUT HARGA | PROJEK | SYARAT PENDAFTARAN | TARIKH TAKLIMAT / LAWATAN TAPAK |
1 | 41/2025 (KEJ) | MENAIK TARAF PASAR AWAM GURUN, MP SUNGAI PETANI |
BERDAFTAR DENGAN CIDB GRED G1 KATEGORI B PENGKHUSUSAN B04 |
TARIKH : 19 MEI 2025 TEMPAT TAKLIMAT : ARAS G, MENARA MPSPK |
2 | 42/2025 (KEJ) | MENAIK TARAF PASAR AWAM JENIANG, MP SUNGAI PETANI |
BERDAFTAR DENGAN CIDB GRED G1 KATEGORI B PENGKHUSUSAN B04 |
TARIKH : 19 MEI 2025 TEMPAT TAKLIMAT : ARAS G, MENARA MPSPK MASA : 10.30 PAGI |
*Wakil Syarikat tidak dibenarkan semasa sesi taklimat/lawatan tapak.
Harga Dokumen : RM20.00 senaskhah (kad debit / kad kredit / boost / touch n go)
Dokumen tawaran ini boleh didapati dari Jabatan Kewangan (Seksyen Perolehan) mulai 19 Mei 2025 pada hari dan waktu seperti di bawah :-
Ahad – Rabu | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
2.15 petang – 4.30 petang | ||
Khamis | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
2.15 petang – 3.00 petang |
Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebutharga di atas hendaklah datang sendiri (wakil tidak dibenarkan) membawa bersama cop syarikat, dokumen asal perakuan pendaftaran kontraktor dan sijil perolehan kerja kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM CIDB), Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).
Tarikh tutup sebut harga ialah pada 25 MEI 2025, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dan dihantar kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman serta dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebutharga di Kaunter Jabatan Kewangan, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
Tarikh Iklan : 14 Mei 2025