KUNJUNGAN HORMAT AHLI DEWAN PERNIAGAAN DAN PERINDUSTRIAN CINA KEDAH KE ATAS DATUK BANDAR ALOR SETAR

8 Mei 2025, Khamis – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya terima kunjungan Ahli-Ahli Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kedah di Ibu Pejabat MBAS, hari ini.
 
Ia telah dihadiri oleh Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kedah, Dato’ Ang Saik Cheong; Timbalanya, En. Ong Kheng Teong serta ahli-ahli Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kedah.

Pelbagai perkara telah dibincangkan bagi mengukuhkan lagi hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam meningkatkan mutu perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
 
Skip to content