MESYUARAT KECERIAAN PERLAMPUAN DI BANDAR RAYA ALOR SETAR SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN KEDAH

13 Mei 2025, Selasa – Mesyuarat Keceriaan Perlampuan di Bandar Raya Alor Setar yang telah dipengerusikan oleh Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya bertempat di Bilik Mesyuarat Al-Aula, Ibu Pejabat MBAS, pagi tadi. Mesyuarat ini diadakan dengan tujuan untuk membincangkan pelbagai persiapan bagi keceriaan perlampuan di bandar raya Alor Setar sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang bakal disambut pada 22 Jun 2025.
 
Mesyuarat itu telah dihadiri oleh Pengurus Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar, En. Ikram Alif Monsoor; Pegawai JKR Elektrik Kota Setar, Ir. Amalina Taib; Pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB), En. Mohd Nur Syafiq Hussain, En. Mohd Haffiz Abdul Halim serta Pegawai PLUS Utara, En. Muhammad Zaffri Saad, Pn. Anis Damia Mohd Pazli dan En. Mohd Alias Ahmad. Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Kejuruteraan MBAS, Tn. Hj. Md. Nayan Bahari; Ketua Bahagian Mekanikal dan Elektrikal MBAS, En. Mohamad Zuhdi Zulkifli serta pegawai-pegawai terlibat.
 
 
Skip to content