MESYUARAT SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2025 PERINGKAT NEGERI KEDAH

8 Mei 2025, Khamis – Mesyuarat penganjuran Sambutan Hari Belia Negara 2025 Peringkat Negeri Kedah yang telah diadakan petang tadi bertempat di Dewan Mesyuarat Al-Wafa, Tingkat 8, Menara MBAS. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya.
 
Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk merancang dan membincangkan segala aspek berkaitan pelaksanaan Sambutan Hari Belia Negara 2025 Peringkat Negeri Kedah serta memastikan segala persiapan dan kerjasama antara agensi-agensi yang terlibat dapat dijalankan dengan lancar. Sambutan Hari Belia Negara 2025 Peringkat Negeri Kedah akan diadakan pada 15 hingga 17 Mei 2025 bertempat di Dataran Starwalk, Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar.
 
Skip to content