PERJUMPAAN DATUK BANDAR ALOR SETAR BERSAMA PEJABAT TANAH KOTA SETAR

7 Mei 2025, Rabu – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya telah mengadakan satu perjumpaan bersama Pejabat Tanah Kota Setar bertempat di Bilik Mesyuarat Al-Aula, Ibu Pejabat MBAS, hari ini.

Perjumpaan ini diadakan bagi membincangkan pembangunan tanah di bandar raya Alor Setar yang membabitkan isu status tanah kediaman yang dijadikan perniagaan, mempercepat proses permohonan kebenaran merancang, isu hak milik sambungan lot tanah, kesan pengambilan dan pembangunan tanah-tanah milik MBAS.

Hadir sama di perjumpaan itu ialah Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan, En. Abdul Ghani Othman; Ketua Bahagian Kawalan Perancangan MBAS, Puan Hasmahanum Hamzah; Ketua Bahagian Pengurusan Harta MBAS, PMgr. Sr. Zamzama bin Mohd dan Ketua Bahagian Akaun MBAS, En. Shahril Mohd Dahalan.
 
 
Skip to content