RICHIAMO CAWANGAN KE-4 ALOR SETAR BAKAL DIBUKA DI MENARA ALOR SETAR
7 Mei 2025, Rabu – Richiamo Coffee Cawangan Ke-4 Alor Setar bakal dibuka di Menara Alor Setar tidak lama lagi. Perkara ini telah dibincangkan melalui kunjungan hormat Pengarah Urusan Richiamo Group, Dato’ Muhammad Zamry Abu Samah ke atas Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya yang telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Al-Aula, Ibu Pejabat MBAS, kelmarin.
Richiamo Coffee sebuah kedai kopi yang terkenal dengan menawarkan pelbagai minuman menarik dan makanan bercirikan masakan Malaysia. Pembukaan Richiamo di Menara Alor Setar bakal menjadi langkah yang baik untuk menarik lebih ramai pelanggan di kawasan tersebut. Menara Alor Setar merupakan menara ikonik di Alor Setar yang popular dengan ramai pengunjung dari pelbagai latar belakang.
Hadir sama di kunjungan hormat tersebut ialah Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan MBAS, En. Azhan Ramli dan Ketua Bahagian Bangunan Baru MBAS, En. Mohd Fauzi Naim Abdullah.