πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 πŠπ”π‹πˆπŒ π“π„π‘πˆπŒπ€ πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‘π€π’πŒπˆ πƒπ„π‹π„π†π€π’πˆ π–πŽπ‘π‹πƒ ππ€ππŠ

14 Mei 2025 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) dengan penuh hormat menerima kunjungan rasmi daripada delegasi World Bank yang dihadiri oleh Ms. Zenaida Hernandez Uriz Senior Private Sector Specialist dan Dr. Moonyati Mohd Yatid, Senior Private Sector Specialist.

YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK amat berbesar hati menerima kunjungan ini dan dalam ucapan alu-aluannya, merakamkan ucapan penghargaan atas kunjungan hormat daripada pihak World Bank.

Lawatan ini merupakan simbolik komitmen bersama dalam memperkukuh kerjasama strategik berterusan untuk pembangunan sosioekonomi serta perancangan bandar yang lestari, dan inovasi pembangunan ekonomi di Daerah Kulim.

Sesi taklimat disampaikan oleh TPr. Mohammad Fadhlan bin Ibrahim, Pengarah, Jabatan Perancangan dan Landskap MPKK telah memperincikan inisiatif E10 sebagai teras utama pembangunan bandar pintar dan mampan.

Di kesempatan ini juga, delegasi dibawa untuk bersama-sama melihat perkongsian amalan baik dalam perancangan pembangunan bandar khususnya untuk melihat antara inisiatif dan pelaksanaan projek Bandar Pintar MPKK seperti Kulim Intelligent Command Centre (KICC), National BIM e-Submission (NBes), dan Sistem Pangkalan Data Bersepadu MPKK (KIDs).

Lawatan diteruskan ke Kilang EVE Synergy Malaysia Sdn. Bhd. yang bertempat di kawasan strategik Kulim Industrial Corridor 7 (KIC 7), Padang Meha, Kulim, yang kini menjadi antara contoh rintisan pengaplikasian proses E10 secara holistik dalam perindustrian di daerah Kulim.

Delegasi turut dibawa melawat ke kawasan rekreasi Sungai Sedim, salah satu destinasi ekopelancongan unggul di daerah Kulim. Lawatan ini bukan sahaja memberi peluang kepada para tetamu menikmati keindahan semula jadi, malah turut melaksanakan penanaman pokok sebagai komitmen bersama terhadap pemeliharaan alam sekitar.

Kunjungan ini turut dihadiri oleh Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Setiausaha MPKK; Encik Mohamad Azrol bin Mohamad Dali, Pengarah MPC Wilayah Utara; Puan Rabiatul Hana binti Ishak, Pengerusi Bahagian Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan kehadiran agensi strategik seperti MIDA, JKR, JPS dan SADA serta barisan pengarah serta pegawai MPKK.

MPKK menyambut baik kunjungan ini sebagai permulaan kukuh bagi mewujudkan jalinan sinergi strategik dua hala demi memacu pembangunan mampan, kemajuan teknologi, dan pertumbuhan ekonomi yang berterusan di daerah Kulim.

WorldBank

Klik untuk gambar sekitar program

#E10

#PembangunanMampan

#BandarPintar

#KerjasamaStrategik

#KulimSmartCity

#TheGreaterKedah

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content