Operasi Sitaan Tunggakan Cukai Pintu
Pihak Majlis Perbandaran Kubang Pasu sedang giat menjalankan Operasi Sitaan ke atas pemilik premis dan kediaman yang masih gagal melunaskan tunggakan Cukai Pintu walaupun telah diberikan notis peringatan.
Tindakan ini diambil selaras dengan peruntukan undang-undang bagi memastikan kutipan hasil dapat dijalankan secara berkesan demi kepentingan pembangunan dan penyelenggaraan kawasan perbandaran.
Orang awam dinasihatkan untuk menyemak dan menjelaskan tunggakan cukai pintu masing-masing bagi mengelakkan tindakan sitaan di masa hadapan.
Bayar segera, elak tindakan.
Untuk semakan dan bayaran boleh berhubung dengan Unit Hasil di talian : 04-7023300
#CukaiPintu#MajlisPerbandaranKubangPasu#Tunggakan#OperasiSitaan#TanggungjawabBersama
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang…/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
No. Whatsapp Aduan MPKP : 014-628 8381
Â