TEMUDUGA GERAI MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI KEDAH

Lima sesi temuduga bagi Laman Niaga Amanjaya Melur, Kiosk Hadapan MRSM Merbok, Kiosk Penghulu Him, Kiosk Stesen Teksi Jalan Petri dan Medan Selera Taman Ria Jaya telah diadakan pada 15 Mei yang lalu. Temuduga tersebut berlangsung di Bilik Mesyuarat Jawatankuasa, Tingkat 5 Menara MPSPK. Seramai 35 orang telah menghadiri sesi temuduga tersebut.

Sesi Temuduga dipengerusikan oleh Setiausaha MPSPK Mohammad Hasbullah Bin Abd. Hadi bersama panel Pengarah Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Cik Natasya Binti Ismail, Pengarah Jabatan Fasiliti Puan Yuhanis binti Yusof, Ahli Majlis Merangkap Area Officer Zon 7 Encik Mohammad Izzudin Bin Mohd Dali, Ahli Majlis Merangkap Area Officer Zon 8 Encik Rahmat Bin Mohamed dan urusetia dari Jabatan Fasiliti Puan Yusfazilla Binti Yusoff.

Skip to content