ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ π‹π„π’π“π€π‘πˆ π‹π€πŸπŸ: π‡πˆπƒπ”π ππ„π‘π’π€πŒπ€ π‡π€π‘πŒπŽππˆ πŸπŸŽπŸπŸ“

18 Mei 2025 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah mengadakan Program Komuniti Lestari LA21: Hidup Bersama Harmoni 2025 bertempat di Pusat Komuniti Bandar, Taman Lembah Impiana, Kulim.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Puan Setiausaha MPKK mewakili YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK. Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa program ini bukan sekadar aktiviti gotong-royong, tetapi juga merupakan satu platform penting yang menggabungkan pendidikan komuniti, pemerkasaan masyarakat dan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar.

Terlebih dahulu, beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) atas kelulusan peruntukan bagi merealisasikan program-program yang memberi impak penting bersama komuniti seperti program pada hari ini.

Beliau turut menyatakan bahawa usaha seperti ini mampu memupuk semangat kebersamaan serta mendidik masyarakat agar lebih peka terhadap isu-isu semasa seperti pencemaran, perubahan iklim dan ketidaksamarataan sosial.

Dalam suasana masyarakat yang semakin kurang berinteraksi, beliau percaya program seperti ini mampu merapatkan semula hubungan sesama jiran serta menggalakkan budaya saling membantu dan bekerjasama demi kesejahteraan bersama.

Para hadirin turut menyaksikan pelancaran Jawatankuasa Bencana bagi setiap zon Ahli-Ahli Majlis MPKK. Penyerahan peralatan seperti mesin pemotong kayu (chainsaw) kepada setiap zon menjadi simbol komitmen MPKK dalam memperkasakan komuniti.

Peralatan ini dapat dimanfaatkan oleh komuniti agar dapat bersedia dan membantu melaksanakan tindakan awalan sekiranya berlaku bencana yang memerlukan bantuan komuniti berdekatan.

Melalui program ini, satu sesi bengkel β€œPembuatan Akuaponik di Rumah” yang dikendalikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Farizal bin Rajemi dari UUM. Bengkel ini memberi pendedahan berguna kepada peserta mengenai sistem akuaponik yang mudah dibina di rumah, satu usaha yang menyokong gaya hidup hijau dan berdikari.

Turut hadir, Tuan Haji Badrol Hisam bin Mohd Yusoff, Ketua Whip Ahli Majlis MPKK; Puan Norhayati binti Amran, Ahli Majlis Zon 9 MPKK, Ahli-Ahli Majlis MPKK, Ketua-ketua jabatan agensi kerajaan dan swasta daerah Kulim, Pengarah jabatan, ketua bahagian serta unit MPKK.

Di akhir ucapan, Puan Noorul Azyyati menzahirkan ucapan tahniah kepada jawatankuasa pelaksana yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini dan berharap agar semangat kerjasama serta rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar akan terus disemai dalam kalangan masyarakat Kulim.

Klik untuk gambar sekitar program

#LA21

#LocalAgenda21

#ProgramKomunitiLestari

#TheGreaterKedah

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content