MESYUARAT KECERIAAN BANDAR RAYA ALOR SETAR SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN KEDAH

13 Mei 2025, Isnin – Mesyuarat Keceriaan Bandar Raya Alor Setar yang telah dipengerusikan oleh Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya bertempat di Bilik Mesyuarat Al-Aula, Ibu Pejabat MBAS, pagi tadi. Mesyuarat ini diadakan dengan tujuan untuk membincangkan pelbagai persiapan bagi keceriaan di bandar raya Alor Setar sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang bakal disambut pada 22 Jun 2025.
 
Mesyuarat itu telah dihadiri oleh Pegawai E-Idaman Sdn. Bhd., En. Nur Naim Baharuruddin; Pegawai SWCorp Kedah, En. Zolkhairi Ayob, En. Mohd Azam Abd Hamid; Pegawai JKR Kota Setar, En. Abd. Rahim Ibrahim; Pegawai THB Bina Maju Sdn. Bhd., En. Muhammad Ikhsan; serta pegawai Bina Darulaman Berhad (BDB), En. Aswat Abu Bakar, Pn. Zaara Saidin; En. Khalil Karia dan Pn. Nurul Ain Jamalluddin.
 
Hadir sama ialah Tuan Setiausaha MBAS, En. Nasrankamil Noh, Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran MBAS, En. Khairudin Idris; Pengarah Jabatan Kejuruteraan MBAS, Tn. Hj. Md. Nayan Bahari; Ketua Bahagian Perkhidmatan Bandar MBAS, Pn. Narisa Mohd Hashim serta pegawai-pegawai terlibat.
 
Skip to content