DATUK BANDAR ALOR SETAR DIRAIKAN SEMPENA 100 HARI PENTADBIRAN SEBAGAI DATUK BANDAR ALOR SETAR KE-8

16 Mei 2025, Jumaat – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya diraikan di program ‘Lorong Pekan X Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah 2025’ yang berlangsung di Dataran Starwalk, Alor Setar malam tadi sempena 100 hari pentadbiran sebagai Datuk Bandar Alor Setar ke-8 dengan penuh dedikasi dan komitmen.
 
Pihak MBAS mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur Lorong Pekan serta semua pihak yang terlibat atas usaha dan komitmen yang telah diberikan dalam meraikan 100 hari pentadbiran Datuk Bandar Alor Setar yang ke-8.
 
Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negara, Puan Azura bt Abidin; ADUN Derga, YB Muhammad Amri Wahab; Pihak Penganjur Lorong Pekan; Pengarah-Pengarah dan Ketua-Ketua Bahagian MBAS.

Skip to content