ISU BANJIR KILAT | KERJA-KERJA PEMBERSIHAN SISTEM PERPARITAN DI JALAN PEGAWAI, ALOR SETAR

20 Mei 2025, Selasa – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melalui Bahagian Perkhidmatan Bandar dengan kerjasama pihak E-idaman Sdn. Bhd dan SWCorp telah menjalankan kerja-kerja pembersihan longkang di Jalan Pegawai, Alor Setar. Pembersihan ini dijalankan bagi mengatasi masalah longkang yang tersumbat, yang dikenalpasti menjadi salah satu punca kejadian banjir kilat yang berlaku di kawasan tersebut.
 
Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya serta pihak MBAS mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada kepada pihak E-idaman Sdn. Bhd., SWCorp serta pegawai-pegawai yang terlibat atas kerjasama yang diberikan dalam membantu menangani isu banjir kilat ini dengan pelaksanaan kerja-kerja pembersihan tersebut.
 
Usaha kolaboratif ini diharapkan dapat meningkatkan keberkesanan sistem perparitan dan mengurangkan risiko banjir kilat bagi kesejahteraan penduduk bandar raya Alor Setar.
 
 
Skip to content