KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MAHKAMAH NEGERI KEDAH KE ATAS DATUK BANDAR ALOR SETAR
14 Mei 2025, Rabu- Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya terima kunjungan Dato’ Ibrahim bin Osman, Pengarah Mahkamah Negeri Kedah di Ibu Pejabat MBAS, hari ini.
Kunjung hormat ini bertujuan untuk membincangkan mengenai program kehakiman yang akan dianjurkan oleh Mahkamah Negeri Kedah/Perlis. Turut hadir bersama di dalam kunjung hormat ini adalah pegawai-pegawai dari Mahkamah Alor Setar dan Dr Elina binti Mohd, Pegawai Undang-Undang MBAS serta Encik Ahmad Amir Husni, Penolong Pegawai Undang-Undang MBAS.
Semoga pertemuan ini dapat mengukuhkan lagi hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam meningkatkan mutu perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'