KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN JURUUKUR TANAH BERTAULIAH MALAYSIA (PEJUTA) KE ATAS DATUK BANDAR ALOR SETAR
21 Mei 2025, Rabu- Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya terima kunjungan LSr Md Rodi Ismail, Presiden PEJUTA di Ibu Pejabat MBAS, hari ini.
Kunjung hormat ini bertujuan untuk membincangkan mengenai penganjuran seminar yang akan dianjurkan secara kerjasama oleh MBAS dan PEJUTA. Turut hadir bersama di dalam kunjung hormat ini adalah Naib Presiden LSr Ahmad Wizan Mohd Thani, COO Yang Mulia Raja Bismayazan, LSr Hisham Ibrahim dan LSr Mansor Hj Bahari dan Dr Elina Mohd, Pegawai Undang-Undang MBAS serta Puan Hasmahanum Hamzah, Pegawai Perancang MBAS.
Semoga pertemuan ini dapat mengukuhkan lagi hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam meningkatkan mutu perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'