LAWATAN KERJA KETUA SETIAUSAHA MOTAC BAGI PROJEK PEMBANGUNAN PRASARANA DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN
15 Mei 2025, Khamis – Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), YBhg. Dato’ Shahruddin Abu Sohot telah mengadakan lawatan kerja rasmi bagi meninjau projek pembangunan prasarana pelancongan di negeri Kedah Darul Aman.
Beliau diiringi EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin meninjau potensi dan keadaan semasa beberapa lokasi antaranya Padang Garam, Kuala Kedah yang bakal dinaiktaraf sebagai destinasi pelancongan baharu yang dicetuskan oleh YB Dato’ Salleh Saidin, bertujuan merancakkan sektor pelancongan serta meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat.
Selain itu, lawatan turut diadakan ke kawasan sekitar Pantai Leman bagi meneliti cadangan kerja menaiktaraf dan menambah baik kemudahan pelancongan di situ demi keselesaan pengunjung.
Dalam lawatan itu, pihak MBAS telah dihadiri oleh Ketua Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan, Pn Siti Fazlina Abd Tafaruddin; Ketua Bahagian Pembangunan & Kerja Awam MBAS, En. Ahmad Sujairi Md. Hassan dan Ketua Bahagian Kawalan Perancangan MBAS, Puan Hasmahanum Hamzah.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'