LAWATAN TAPAK BAGI CADANGAN KERJA-KERJA MENAIKTARAF HENTIAN BAS DI SEKITAR BANDAR RAYA ALOR SETAR
14 Mei 2025, Rabu – Satu lawatan tapak bagi cadangan kerja-kerja menaiktaraf hentian bas di bandar raya Alor Setar telah dijalankan di sepanjang Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Tandop & Persiaran Sultan Abd Hamid, Alor Setar. Lawatan tersebut telah dihadiri pihak MBAS bersama bersama wakil syarikat PaperPlane Design berikutan perbincangan bersama Datuk Bandar Alor Setar yang telah diadakan pada minggu yang lalu.
Projek naiktaraf ini bertujuan untuk meningkatkan keceriaan, pengindahan, serta sistem perlampuan di sekitar bandar Alor Setar. Kira-kira 18 lokasi hentian bas telah dikenal pasti bagi tujuan pelaksanaan naiktaraf tersebut. Selain itu, sebanyak 3 jejantas yang akan dinaiktaraf dengan menggunakan panel LED untuk tujuan pengiklanan serta pemakluman isu-isu semasa kepada orang ramai.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'