LAWATAN TAPAK TINJAU SISTEM PERPARITAN DI JALAN PUTRA, ALOR SETAR
19 Mei 2025, Isnin – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya telah mengadakan satu lawatan tapak di Jalan Putra, Alor Setar hasil daripada perbincangan mesyuarat infra yang telah berlangsung pagi tadi di MBAS. Lawatan tersebut diadakan bagi meninjau sistem perparitan bagi menangani masalah banjir kilat yang sering berlaku di kawasan itu.
Lawatan tersebut telah dihadiri oleh JKR Daerah Kota Setar, Pejabat Tanah Kota Setar, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah (JPS), Ahli-Ahli Majlis MBAS, Pegawai-Pegawai MBAS serta agensi terlibat.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'