MAJLIS PERASMIAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2025

17 Mei 2025, Sabtu – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya hadir ke Majlis Perasmian Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah 2025 yang telah berlangsung pagi tadi bertempat di Dataran Starwalk, Alor Setar. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negara, Puan Azura Abidin. Turut hadir ialah ADUN Gurun, YB Baddrol Bakhtiar dan Presiden Majlis Belia Negeri Kedah, En. Mohd Amir Murshidi Dato’ Haji Samsudin.

Turut berlangsung pagi tadi di Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah 2025 ialah acara Fun Run (5KM) dan Fun Walk (3KM). Acara pelepasan telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negara diiringi Datuk Bandar Alor Setar; Pegawai Daerah Kota Setar, Dato’ Haji Hakim Ariff Md Noor dan Ahli Majlis MBAS, En. Shamsudin Ahmad.

Skip to content