MBAS MEMPROMOSIKAN "MAI SINGGAH ALOR SETAR LAGI" SEMPENA TAYANGAN FILEM GAYONG DI PAWAGAM GSC, ALOR SETAR

11 Mei 2025, Ahad – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melalui Bahagian Pelancongan & Kebudayaan terus mempromosikan “Mai Singgah Alor Setar Lagi” untuk menarik lebih ramai pelancong untuk datang ke bandaraya Alor Setar di Tahun Melawat Kedah 2025. Inisiatif ini telah dilaksanakan dengan pembukaan booth pameran “Mai Singgah Alor Setar Lagi” sempena tayangan filem Gayong yang sedang ditayangkan di pawagan GSC, AMAN Central, Alor Setar.

Pelbagai info menarik, promosi pelancongan, aktiviti interaktif dan aktiviti bergambar OOTD telah dikongsikan di booth pameran kepada bersama orang ramai bagi mempromosikan bandar raya Alor Setar sebagai sebuah destinasi menarik untuk dikunjungi.

 
Skip to content