OPERASI PEMERIKSAAN KEBERSIHAN DAN LESEN PENIAGA MEDAN SELERA
14 Mei 2025, Rabu – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melalui Bahagian Inspektorat Kesihatan Persekitaran, Bahagian Pasar dan Penjaja serta Bahagian Penguatkuasaan telah menjalankan satu Operasi Pemeriksaan Kebersihan dan Lesen Peniaga Medan Selera di Alor Setar.
Hasil pemeriksaan yang telah dijalankan ke atas 15 penjaja dan 1 premis di medan berkenaan, sebanyak dua belas (12) kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan tiada lesen niaga dan peniaga tiada kad suntikan typhoid semasa menjalankan perniagaan.
Pemeriksaan berkala secara berjadual akan diteruskan dari semasa ke semasa. Justeru, semua peniaga dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'