OPERASI PENGUATKUASAAN BERSEPADU AEDES DI KAWASAN DAERAH POKOK SENA

14 Mei 2025, Rabu – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Setar sentiasa komited dalam membanteras wabak denggi untuk memastikan persekitaran yang lebih selamat dan sihat. Menerusi usaha itu, satu Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Aedes telah diadakan pagi tadi di kawasan Daerah Pokok Sena oleh pihak MBAS melalui Jab. Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kawalan Bangunan dan Bahagian Penguatkuasaan dengan kerjasama PKD Kota Setar. Operasi tersebut turut diserikan dengan kehadiran Pegawai Daerah Pejabat Daerah Dan Tanah Pokok Sena, Tuan Mohamad Rizal Bin Mohamad Radzi.

Hasil daripada laporan Operasi Bersepadu yang telah dijalankan, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar telah mengeluarkan dua (2) notis pungutan jentik-jentik di bawah seksyen 6 Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975. Selain itu, pihak MBAS turut menjalankan lain-lain pemeriksaan dan telah mengeluarkan satu (1) kompaun kesalahan dibawah seksyen 3 (1) menjalankan perniagaan tanpa lesen MBAS UUK Pelesenan Penjaja & Gerai 2010, satu (1) kompaun dibawah seksyen 3(f) tanaman pokok diselenggara UUK Mencegah Kekotoran PBT Negeri Kedah 1983, tiga (3) kompaun dibawah UUK Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing 2010, dan enam (6) notis 108 dikeluarkan oleh Bahagian Bangunan atas kesalahan membina binaaan tambahan atas longkang di lorong belakang.

Pemeriksaan berkala secara berjadual akan diteruskan dari semasa ke semasa. Sehubungan itu, pihak MBAS menyeru agar setiap masyarakat memberikan kerjasama agar memastikan tiada pembiakan aedes di sekeliling rumah dengan menghapuskan tempat berpotensi untuk pembiakan Aedes ini.

 
Skip to content