RUMAH KEDIAMAN DIJADIKAN TEMPAT PENGUMPULAN BARANG-BARANG TERPAKAI DAN MENYEBABKAN KACAU GANGGU KEPADA KEJIRANAN

15 Mei 2025, Khamis – Bahagian Penguatkuasaan MBAS dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia telah menjalankan satu operasi bersepadu pemeriksaan premis perniagaan yang disyaki menjalankan kegiatan menyimpan dan menjual barang-barang lusuh tanpa kebenaran termasuklah di kawasan kediaman penduduk.
 
Hasil pemeriksaan keatas 3 buah premis, sebanyak 1 kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen dan pemilik premis kediaman juga telah diberi amaran untuk tidak menyimpan barang-barang lusuh di rumah kediaman dan perlu menjaga kebersihan rumah bagi menjaga keharmonian penduduk sekitar.
 
Aktiviti seperti ini tidak dibenarkan untuk dilakukan di kawasan kediaman kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kekotoran dan kacau ganggu kepada kawasan kejiranan. Walaubagaimanapun, pemeriksaan yang dilakukan secara berkala ini adalah bertujuan untuk memastikan semua premis beroperasi mengikut peraturan dan garis panduan yang ditetapkan.
 
Skip to content