DARSA FRIED CHICKEN (DFC) CAWANGAN PERTAMA DI UTARA, KINI DIBUKA DI ALOR SETAR, KEDAH
25 Mei 2025, Ahad – Darsa Fried Chicken (DFC), sebuah restoran makanan segera tempatan yang dimiliki sepenuhnya oleh usahawan Bumiputera Muslim, telah membuka cawangan pertamanya di utara Malaysia, iaitu di Alor Setar, Kedah.
Majlis perasmian cawangan tersebut telah berlangsung petang tadi dan telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya bersama Pengasas Yayasan DarSA, Syeikh Muhd Zainul Asri Haji Romli. Ia turut dihadiri Pengerusi Yayasan Islam Negeri Kedah, Syeikh Rodhi Abdul Rahman; CEO DarSA Food Industries, En. Mohamad Faiz Zuhdi Azahar; DarSA F&B Advisor, Chef Amirull Azahar serta Mudir Pondok DarSA, Ustaz Amidi Muhd Zainul Asri.
Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan dan menyemarakkan sambutan pembukaan cawangan pertama di utara, DFC turut memberikan 1000 ketul ayam percuma kepada orang ramai yang hadir pada hari perasmian tersebut. Pembukaan cawangan di Alor Setar ini menandakan perkembangan positif DFC dalam memperluaskan rangkaian perniagaannya ke kawasan utara Malaysia.
Darsa Fried Chicken (DFC) Alor Setar merupakan cawangan keempat di Malaysia. Ia terletak berhampiran di bulatan Teluk Wanjah, Jalan Sultan Badlishah beroperasi setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam. Orang ramai dijemput untuk mengunjungi cawangan baru ini dan menikmati pelbagai menu hidangan istimewa yang ditawarkan.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'