DATUK BANDAR ALOR SETAR MERASMIKAN DEWAN THE RUANG BY PROJEK WEDDING DI KELUBI, JITRA, KEDAH.

24 Mei 2025, Sabtu – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya hadir merasmikan Dewan The Ruang by Projek Wedding yang terletak di Kelubi, Jitra, malam tadi.
 
Dewan The Ruang by Projek Wedding ini diusahakan oleh usahawan anak muda, Mohamad Syamel Amry bin Mohamad Daud yang merupakan Pengurus Projek Wedding Events & Services Sdn. Bhd.
 
Dewan serbaguna ini berkonsepkan industrial garden menawarkan kemudahan moden dan kapasiti yang luas untuk indoor dan outdoor, menjadikannya pilihan utama untuk penganjuran majlis sosial seperti majlis perkahwinan serta lain-lain lagi.
 
Dato’ Haji Abdul Gafar dalam ucapan perasmiannya menyatakan rasa bangga terhadap inisiatif usahawan muda ini dalam membangunkan dewan serbaguna ini, yang turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial setempat.
 
Dewan ini diharapkan dapat menjadi lokasi yang ideal untuk komuniti setempat dan pengunjung luar bagi menjalankan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada masyarakat.
 
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan Dewan The Ruang by Projek Wedding, ikuti Projek Wedding Kedah
Skip to content