PLANMalaysia Kedah telah menganjurkan Kursus Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 pada 25 Mei 2025 di Bilik Mesyuarat Jerai, Bangunan Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah. Dr Elina binti Mohd, Pegawai Undang-Undang Majlis Bandaraya Alor Setar telah dijemput sebagai penceramah bagi kursus ini. Seramai 35 orang peserta terdiri dari Pegawai dan Penolong Pegawai Perancang Bandar dari PLANMalaysia Kedah telah menghadiri kursus ini. Semoga perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama.