MBAS LAKSANA OPERASI BERSEPADU ROBOH PAPAN IKLAN TANPA LESEN DI JALAN ANAK BUKIT, ALOR SETAR
22 Mei 2025, Khamis – Majlis Bandaraya Alor Setar melalui Bahagian Inspektorat Kesihatan, Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Pelesenan telah menjalankan satu Operasi Bersepadu Meroboh Papan Iklan Tanpa Lesen di sekitar Jalan Anak Bukit (Jalan Protokol), Alor Setar.
Hasil daripada operasi yang dijalankan, kira-kira 13 papan iklan tidak berlesen telah dibina di bahu jalan kawasan tersebut. Tindakan meroboh dan sitaan diambil serta-merta serta empat (4) kompaun kepada pemilik papan iklan tanpa lesen tersebut telah dikeluarkan.
Pihak MBAS akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari masa ke semasa. Justeru, semua permohonan binaan papan iklan di Bandar Raya Alor Setar haruslah dipohon melalui pihak MBAS terlebih dahulu bagi mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'