OPERASI PEMERIKSAAN KEBERSIHAN DAN LESEN PENIAGA BANDAR RAYA ALOR SETAR
21 Mei 2025, Rabu – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melalui Bahagian Inspektorat Kesihatan Persekitaran dan Bahagian Penguatkuasaan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Setar telah menjalankan satu Operasi Pemeriksaan Kebersihan dan Lesen Peniaga di Jalan Stadium, Alor Setar.
Hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas 4 gerai di sekitar lokasi berkenaan, pihak MBAS telah mengeluarkan satu (1) kompaun atas kesalahan kekotoran di dalam gerai manakala pihak PKD Kota Setar telah mengeluarkan sebanyak empat (4) kompaun atas kesalahan tidak mempunyai Kursus Pengendalian Makanan dan tidak berpakaian lengkap semasa mengendalikan makanan.
Pemeriksaan berkala secara berjadual akan diteruskan dari semasa ke semasa. Justeru, semua peniaga dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'