OPERASI PEMERIKSAAN KEBERSIHAN DAN LESEN PENIAGA BANDAR RAYA ALOR SETAR
22 Mei 2025, Khamis – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melalui Bahagian Inspektorat Kesihatan Persekitaran, Bahagian Pasar dan Penjaja serta Bahagian Penguatkuasaan telah menjalankan satu Operasi Pemeriksaan Kebersihan dan Lesen Peniaga di Jalan Gangsa, Alor Setar.
Hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas peniaga di lokasi berkenaan, sebanyak 25 kompaun telah dikeluarkan kepada peniaga-peniaga atas kesalahan tidak mempunyai lesen perniagaan MBAS dan lesen telah tamat tempoh. Tahap kebersihan di lokasi tersebut didapati berada dalam keadaan memuaskan.
Pemeriksaan berkala secara berjadual akan diteruskan dari semasa ke semasa. Justeru, semua peniaga dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'